Wednesday, April 21, 2010

Demam



Masuk hari ni dah 2 hari Girl demam. Dan 2 hari jugak dia tak pergi sekolah. Dia demam waktu pagi & malam je. Tengah hari sampai petang dia tak demam. Elok je main dengan Abang & Mishaell ( cousin ). Bila malam je, Tempreture naik sampai 38.3C. Quit high. Apa yang aku takut sekarang ni ialah DENGGI. Kat kawasan rumah I ni dah banyak kes denggi. Insyaallah nothing will happen. Maybe demam biasa je.

      Tanda-tanda anak demam
  • Suhu di antara 38c-40c
  • Muka & badan panas
  • Muka  merah
  • Berpeluh dan menggigil
  • Menangis
     
      Tindakan ibupabapa
  • Pakai anak dengan pakaian yang nipis berlengan pendek
  • Beri ubat demam setiap 4-6 jam jika suhu lebih 38c
  • Lap dengan AIR SUAM seluruh badan anak. Jangan guna air sejuk @ ice kerana ia akan buat anak menggigil dan meningkatkan lagi suhu badan.
  • Pasang kipas @ air-cond untuk menurunkan suhu sekeliling anak & untuk keselesaan.
  • Beri anak minum dengan banyak. Beri makan bubur supaya senang hadam. ICE CREAM @ JELI boleh diberi untuk menolong mengurangkan suhu badan anak.
Nak komen sikit. Kebanyakkan orang kita, kalau anak demam selalu nak bungkus anak tu tebal-tebal. Budak-budak kalau demam dia tak rasa sejuk macam orang dewasa. Kalau dah bungkus tebal-tebal, macam mana lah bahang panas kat badan anak tu nak keluar.

Jangan sekali-kali letak kain dengan ais kat kepala anak. Kesian dia terperanjat sebab sejuk sangat. I pakai air paip je. Mandikan dengan air suam-suam kuku & wajib basuh kepala.

Yang paling best dapat makan ice cream!! Kalau anak tak batuk / selsema, bagi je makan ice cream. Kita orang dewasa pun kalau sakit tekak ( yang belum batuk berkahak ) makan ice cream nak kurangkan bengkak kat kerongkong tu. Ini adalah tips yang betul. Masa Girl buat Tiroid & Adenoids Surgery last year, Doctor yang suruh makan ice cream supaya tekak tu kurang sakit. Hehehe.. suka sngat girl masa tu!!



Tips-tips di atas aku amik dari buku PENYAKIT KANAK-KANAK A-Z. Penulis PROF. MADYA DR ZULKIFLI HJ ISMAIL & DATO' DR IEAN HAMZAH-SENDUT ( my kiddos Pediatrician at Gleaneagle Intan Jalan Ampang ). Buku ni ada dijual kat clinic Dr Iean. Harga RM33. Harga masa I beli pada tahun 2005. La ni tak tau lah berapa harganya.