Friday, April 23, 2010

Sakit Bahu..Help!

Orang kata duduk rumah tak kerja macam best je. Sebenarnya duduk rumah kerja nya lagi banyak dan tak habis-habis. Dulu saya tak ada pembantu rumah. Semua kerja saya buat sendiri. Saya adalah orang yang pertama sekali bangun dari tidur dan orang yang terakhir sekali masuk bilik tidur. Penat sangat.

Sehinggalah pada suatu hari..jengjeng.. Saya diserang dengan sakit bahu kiri yang teramat sangat! Kalau orang melayu kata sakit tulang belikat. Sehingga sekarang masih lagi tak baik-baik. Lebih 1000x pergi urut dengan 100 orang tukang urut! Setiap kali buat kerja berat saya mengerang kesakitan. Aduh! Sakitnya. Sakit ni sangat kronik. Saya sentiasa rasa lenguh tangan dan bahu sehingga ke pinggang. Macam-macam ubat dah makan. Dulu tahun 2004 saya telah ke Hospital Ampang Puteri untuk check up. Siap X-ray dan MRI buat scaning. Saya pun dah tak ingat apa Dr Ali tu cakap. Yang saya ingat, urat dah kene dindih dengan otot. Dr bagi ubat + vitamins & buat physioteraphy je. Saya bukan kidal. Tapi kalau angkat barang, sapu sampah, galas handbag, dokung anak, semua buat tangan kiri. Tu yang otot makin besar.

Kita kalau nak buat kerja atau angkat barang kene balance kedua-dua belah tangan. Sekarang nak tidur pun kene 1 side je. Lenguh! Dan kadang-kadang buat saya marah sungguh dengan keadaan saya sekarang ni. Sakit sampai ke tengkok. Damn!! Tolonggggg sakittttttt.....

Sekarang saya dah ada Assistant Manager ( House maid ). Kerja berat semua dia buat. Saya cuma masak, jaga anak-anak & jaga suami je. Terima kasih banyak-banyak kat Si Dia kerana memahami. Terima kasih jugak kat Assistant Manager saya - Susi.

Tapi tangan dan bahu masih sakit! Saya mesti pergi balik jumpa Dr Ali Nor Ghani kat Ampang Puteri tu. Dah tak tahan sangat.. Adoiiii!!!




Tulang tengkok yang dah lurus sangat! Tak sepatutnya lurus. Ianya bengkok sikit sepatutnya.. (please ignore the background)


Otot yang dah membesar bagai johan




Tulang ku!!




Surat ni tulis :-

CLINICAL INFORMATION : Spondylosis

MRI CERVICAL SPINE

4 mm sagittal T1 and T2 were acquired through the cervical spine. 4 mm axial T2 were acquired the servical disc space.

There is straightening with early reverse lordosis of the cervical spine. This may be due to Muscle Spasm. Body alignment and marrow signal intensity otherwise appear normal. No significant osteophyte formation seen.

The cervical discs show normal signal intensity. No disc herniation seen. The spinal canal and lateral neuro foramina appear normal. Spinal cord is normal in calibre and appearance.

IMPRESSION:

straightening and early reverse lordosisof cervical spine and this may be due to muscle spasm. No other abnormality detected.