Thursday, November 10, 2011

Berpantang sendiri

takut kalau meroyan. bentan pun takut jugak. Si Dia marah sebab saya rajin google information yang boleh buat saya meroyan!!?? hehehe.. mana ada, saya google sebab nak dapatkan information supaya saya sentiasa berhati2 semasa berpantang.


maklumlah, saya berpantang sendiri je. masak sendiri, bertungku sendiri, pakai bengkung sendiri. semua sendiri lah. kadang2 bila rasa malas nak masak lauk pantang, saya pesan McDonalds delivery je. saya bedal semua fast food. paling terbaru saya makan 3 keping pizza & 2 ketul breadstick from Domino's! wooohooo!!!


seksa rasanya berpantang kali ini. semua kene buat sendiri. nasib dah ada assistant manager baru. dia lah tolong saya bakar batu tungku dan masak air daun2 untuk mandi. walaupun saya bedal je makan semua makanan, tapi saya tak pernah lupa makan jamu & ubat2. minum air akar kayu, air panas. saya tak minum air sejuk & makan makanan yang sejuk. pasal tu saya google jenis makanan apa yang tak boleh makan. 


hari ni genab sebulan saya berpantang. ada lagi 14 hari untuk rasa tersiksa @_@

boleh ke berpantang pakai macam ni?
setokin bola Si Dia  
 

kenapa bila berpantang je mesti pakai kain batik? saya pakai long skirt with long sleeve cardigan. berpeluh2 jugak. bila lepas 3 minggu saya mula pakai seluar. semalam saya pakai legging. baju mesti ada butang sebab senang nak breastfeeding. kadang2 saya pakai baju opis Si Dia. yang dalam gambar kat atas tu adalah baju Si Dia lah. tapi saya sentiasa pakai sock. kadang2 saya pakai sock bola Si Dia. best sebab panjang. rambut ikat ketat2. gambar kat atas tu saya tak ikat rambut sebab 'nak nampak cantik konon' dalam gambar. pastu saya sentiasa pakai bengkung kat perut supaya perut kempis. tapi nape kempis sikit je? haihh..kene gi slimming centre gak ni. adooiii...