Tuesday, May 8, 2012

Resepi kukus-mengukus

Bila nak kurus, hari2 check dalam internet resepi yang sihat konon2 bila makan tak gemuk sangat. Kalau makan sikit, insyaallah tak gemuk, tapi kalau dah sepinggan nasi penuh macam gunung....insyaallah gemuk!


Hari tu saya masak lauk kukus2 je. Saya suka sebenarnya. Tapi jarang masak sebab Si Dia tak suka lauk yang steam. Tapi kali ni saya masak untuk memenuhi selera tekak tembolok saya.


Resepi pertama

Ikan Siakap Kukus Halia

Bahan2 :

Ikan Kerapu
Halia - dihiris nipis
Cili Api - dihiris
Serai - diketuk
Bawang putih - diketuk
Bawang besar - dipotong bulat2
Sos tiram - 3 sudu besar
Sos ikan - 1 sudu besar
Air limau nipis - 1 sudu besar
Garam - secukup rasa
Gula - ikut suka


Cara masak :

Letak ikan dalam bekas. Kemudian campak dengan kemas kesemua  bahan2 ke dalam bekas itu. Didihkan air dalam tempat kukus. Pastu letak dan tunggu selama 20 minit atau sampai ikan masak.


Haaaaa...senang kan?


cantik tak susunan bahan2 dalam tu?



Resepi kedua.

Tauhu Kukus 

Bahan2:

Tauhu lembik yang dalam bekas 4 segi.
Cili api - dicincang halus
Udang kering - dicincang kasar
Bawang putuh - dicincang ikut suka
Sos tiram - 1 sudu besar
Garam & gula - ikut sedap tekak sendiri

Cara masak :

Letak tauhu lembik ke dalam bekas dengan penuh hati2 sebab tauhu itu sangat lembik dan mungkin boleh hancur jika dicampak begitu sahaja. Boleh jugak pakai tauhu jenis lain. Ikut lah selera tembolok tuan2 dan puan2 ye. Kemudian, tabur dengan begitu kemas bahan2 yang lain. Panaskan tempat kukus, dan kukus selama 10 minit. Siap!


nampak tak tauhu saya dah hancur sedikit? hati2 ye puan2 semasa letak tauhu tu.


pengukus yang masih lagi nampak tanda harga. kukus kedua2 resipi tadi kedalam pengukus yang bertingkat seperti gambar di atas ye tuan2 dan puan2...


Tadaaa... inilah hasil kedua2 resipi kukus tadi #modesepertichef#



Selamat mencuba...ye tuan2 dan puan2... *senyumsampaitelingasepertischeftwo*