Friday, January 11, 2013

Hutang

Salam Jumaat

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Bersedekah itu amalan mulia. 
Kalau kita asyik memberi je, seronok sangatlah empunya tangan yang menerima tu kan?
Tadah je tangan tu. Tak payah buat apa2. Kalau betul2 susah, saya masih faham. Ini cukup makan pakai, kerja bagus2 tapi masih suka sangat nak menerima je. Camne tu?

Hidup ni kita mesti sentiasa berpijak di bumi nyata. Maknanya cuba hidup di alam realiti. Toksah lah nak berangan banyak sangat. Rezeki Allah dah kurniakan pada setiap manusia bahagian2nya. Rezeki tu sentiasa ada. Manusia harus berusaha untuk mendapatkan rezeki dengan lebih lagi. Selain dari berdoa, kita disuruh berusaha. Bukan angkat tangan berdoa tetiba rezeki tu terus tergolek depan mata!

Anak juga membawa rezeki. Tapi bukan beranak banyak2 dan mengharapkan rezeki tu turun dari langit terus landing kat depan mata! Ada orang beranak sampai 7-10 orang, tapi hidup susah tak pernah senang. Betul anak adalah rezeki dari Allah. Tapi kita harus berusaha untuk cari rezeki. Bila kita berusaha, dapat rezeki lebih, boleh bagi anak2 makan dan pakai yang cukup, kesihatan jadi baik dan beri anak2 didikan yang sempurna. Bila anak dibesarkan dengan sempurna amalan, didikan, pemakanan, Insyaalah dia akan jadi manusia yang baik. Dapat belajar tinggi2, dapat kerja yang baik. Bila kerja bagus, secara automatik dia akan menolong memperbaiki kehidupan kedua orang tuanya. Insyaallah...

Dan bukan bila tak ada anak tu, bermakna tak ada rezeki. Allah kurniakan rezeki tu dalam bentuk yang lain. Bukan semua manusia mintak, Allah bagi semua. Yang penting berusaha dan jangan putus asa. JANGAN MALAS! kau ingat duduk je rezeki tu datang macam magic! Dasarrrr...

Hidup di kota KL ni, payah nak hidup kalau tak berhutang. Saya juga berhutang. Bezanya saya tidak berhutang pada manusia. Amat jarang sekali saya meminta2 dari manusia. Saya hutang dengan bank. Itu pun saya cuba bayar tiap2 bulan without miss. Walau gaji kecik, hutang saya bayar dulu. Saya tak mau mati meninggalkan hutang. Dah mati, orang caci pulak tu sebab banyak hutang. Menyusahkan anak2 dan sesiapa yang hidup untuk membayar hutang si mati. Ya Allah...jauhkan aku dari sifat itu.

Manusia berhutang sebab kurang berkemampuan. Tapi bila dah berhutang, bayar lah balik. Sikit2 pun tak apa. Hutang dengan bank beratus ribu pun bank suruh bayar sikit2. Ni kan pulak hutang takat ratus2 je. Manusia bila dah berhutang tak reti nak bayar, buat musuh pulak dengan kita. Bila kita call tak jawab. Hina pemiutang dalam FB. Padahal kau tu yang berhutang. Masa nak berhutang kemain hari2 kau call. Ampu sampai dapat duit. Bila dah dapat buat2 lupa. Bila jumpa buat2 macam tak pernah berhutang. Majority manusia berhutang ada sifat yang sama. Allah dah bagi trademark pada manusia berhutang ni supaya kita lebih berhati2 pada manusia yang suka meminta2 ni. 

Hutang budi dibawa mati, 
Hutang wang ringgit lu jawab sendiri bila dah mati!

Sekian